Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label info baby. Show all posts
Showing posts with label info baby. Show all posts

10 June 2014

~wean off :: xsemudah menyebut~

wean off...mesti pernah dengar kan...
atau dalam bahasa kampung ika (jap g ade yg kondem eh dlm bhs melayunya)...bercerai susu badan...alhamdulillah ammar menyusu badan smpai lah umur dia mencecah 2 tahun
 lebih wlpn dah campur FM...
suka duka breastfeeding journey abam long ammar nanti la ika cerita kat entry lain...
WEAN OFF...sebut mcm senang kan...tapii..nak melalui saat tu bukan la mudah...
susah bukan dekat proses bercerai susu tu....tapi yg paling mencabar bagi ika...
bab emosi tu...hati ibu ni bagai diruntun2...xsangka mcm ni sekali penangan nak wean off anak..
tears....("_")..
ika preggy masa ammar 1 tahun 10 bulan...ms tu susu badan dah stat drop....awal2 pregnan sampai luka2 keliling nipple...menitik air mata susukan ammar..tetap tahan n keep on BF...kat rumah dah kena stat topup ngan FM..paling kritikal ms dia nak tido sebenarnya...nak lelap mata dia nak nenen..xkira la siang atau malam...mmg ika dah berkira2 lepas ammar 2 tahun nak wean off kan dia....tp xsampai hati...biarla dia wean off sendiri..xnak drastik sgt..slow2 org kata...
ika ada terbaca tips...jgn offer tp jgn menolak bila dia mintak...kaedah ni mmg la xjalan..hehe...
kaedah sapu benda pahit atau masam kat nenen pun ika xbuat...sbb ika ade baca kat mana tah...kalau buat mcm tu boleh ganggu emosi anak...
so nenenlah dak ammar ni ms nak tido sampai ika ngandom 6 bulan...masa tu ika discuss dengan hubby kena buat sesuatu...sakit pinggang dan xselesa bila mengiring je nenenkan ammar...
nipple pun sakit...dah tido pun dia susah lepaskan...ngempeng je...huhuhuhu
sblm tu dah pakat..nak jayakan misi ni msg2 kena kuat semangat...
ni yang kami buat...
....
malam 1st ika bagi husben tidokan ammar..sblm nak bawa ammar masuk bilik...ika dah pergi menyorok kat dalam bilik lain...tutup lampu dok senyap2....dia mencari ika xde...meraung xpayah cakap la...
nangis melalak2...sebaknye rasa..ika kentalkan hati..buat kering je...malam tu pukul 2 pagi baru dia tertido...lepas tu baru ika masuk bilik...tgh mlm dia jaga..ika bagi je nenen....
....
malam 2nd..masih sama..ika menyorok gak...kali ni ammar dah xnangis..tp still amik masa yg lama dia nak tertido sendiri tu....bila ika intai dia dah tertido baru masuk bilik...
....
malam ke tiga...xsempat nak nyorok...ammar mcm tau....
dia pegang tgn mama..ajak masuk bilik sekali...
ika peluk...pujuk dia lembut2...ammar dah besar..dah nak jd abg..ammar good boy kan...
mama dah xboleh bagi ammar nenen...
nak tido mai mama peluk ye..tp xpayah nenen la..ammar tido ye...
alhamdulillah..dia mcm faham...mlm tu dia tido je dalam pelukan ika tanpa mengempeng...
....
lega....terus lepas tu dia xnenen lagi...sampai la sekarang....
kadang2 datang gian dia ade la dia peluk2..cium2..
kdg2 mintak juga...mebi cuba nasib lettew...masu tu yg sedih sebenarnya...sayunya hati..sebak rasa....
ika pujuk2...ok...tp lepas tu ada time dia demam mama yg rasa mcm nak bg nenen sbb nak comfortkan dia...adeh.. (>.<).. tp husben mmg xbagi la kann...kalau bagi lebur la misi nie...
....
alhamdulillah...ammar berjaya wean off ms umur dia 2 tahun 4 bulan...mama preggy 6 bulan.
proses bercerai susu ammar xamik masa yg lama...3hari je....syukur...allah permudahkan...
ni cara ika...korang yg dlm proses nak wean off mebi boleh google tips2 tau kaedah lain jugak.. =)
pengalaman org kan lain2...
hai auntie..saya budak manja yg obses nenen mama saya..hihi



25 July 2012

direction ke klinik pakar kanak2 putra..

salam..
postpone cerita pasal ammar..memory card camera tinggal..
kali ni ika nak cerita mcm mana nak pergi klinik kanak-kanak putra ni...
hihi..ni request dari aty sebenarnya..
nak emel mcm susah gak nak explain dalam bentuk tulisan kan..
buat entry khas lah..lgpun mmg tgh free ni..
bulan puasa ni workload keje kurang dari biasa...
and yang paling best..kitaorg balik keje kul 3..heavennya..kuikuikui :)

peta pun peta google je..aci ye..ok..
- kalau dari hala paya jaras tu..sebelum sampai the store..kena rapat kiri...
amik simpang ke kiri kat the store tu..
- kalau guna MRR2 dari hala KL/kepong..nampak je the store kena rapat kanan..
naik flyover utk masuk ke kanan..kalo korang terlepas flyover ni..mmg kena u turn tah kat mana2 nanti..
(REMINDER: dah turun flyover..kena terus rapat kiri tau)
kalau nak mudah..lepas je the store..ada simpang terus belok kiri..
(mcm kat arrow kuning dlm pic kat atas ni..)
kalau terlepas jalan ni..korang straight je lagi..nampak hong leong bank belok kiri..
kat arrow kuning yg lagi 1 tu tunjuk..
jalan seterusnya leh tengok kat pic ni..
klinik pakar kanak2 putra kat tanda A tu..
sebelah je ngan putra medical centre..klinik dia kat tingkat atas..
kat tingkat bawah ada butik jual barang baby..sory ika xingat nama kedai tu..
tapi rasanya mudah je nak cari klinik ni..huhu..
faham x explaination ika ni..sorry ika xberapa reti nak mengajar sebenarnya..
oh ya..ni alamat klinik..
41A, Jln BRP 1/3, (Bkt Rahman Putra), Sungai BulohSelangor 47000Malaysia
no phone: +60 3-6157 4113  
buat aty..harap entry ika ni membantu..
korang..kalau confius lg..emel ika ye..
meta_morfik8254@yahoo.com

17 July 2012

~klinik pakar kanak-kanak putra~

thanks mommies yang mendoakan ammar cepat sembuh..
buat mommy cha n izlaa..hope mikha n zarif pun cepat sembuh gak..
sian baby kalau sakit..huhu...
dia dah start selsema..hingus melelah2..nafas pun berbunyi..
petang semalam ika dah bawa ammar pergi klinik..
klinik pilihan hati..klinik pakar kanak-kanak putra
di Bukit Rahman Putra, Bandar Baru Sg Buloh..
nape x pergi klinik biasa je??hoho..
ika ada bad experience pergi klinik biasa ni..
kisahnya..masa ammar 3bulan..ammar poo-poo ngan sgt kerap..
ika yang risau ni..pergi la satu klinik tu..
Dr tu cek lebih kurang..pastu bagi ubat..
nasib baik ika tergerak hati buka pelekat label klinik tu..
rupanya Dr tu bagi ubat cirit birit yang hanya boleh
di makan oleh orang yang berumur 12 tahun ke atas..dengan minum air yang banyak..
bayangkan dia boleh bagi baby umur 3 bulan ubat tu...
mujur ammar baru sekali makan..tu pun banyak yang dia luah..
mmg band klinik tu..xnak pergi lagi situ..
serik nak jumpa Dr yg bukan Paed..
nape pilih klinik ni??
berdasarkan maklumat yang ika dapat dari ujung jari ni.. (cheewahh)
hehe..maksudnya review dari forum n blog2 mommy lain..
ada la beberapa paed yang bagus..tapi berbanding dengan tempat lain..
Sg Buloh adalah tempat yg ika familiar..rasa senang nak cari klinik ni
xnak pergi tempat yang xbiasa..pastu tercari2 lagi..xsuke..
kalo berdua maybe..tapi sbb ika bawa ammar je..ika terus je pergi ke situ...
hasilnya..
MMG PUAS HATI
klinik ni sangat kemas, teratur n menarik..
bersih..nak masuk pun kena buka kasut..
ada playland untuk kanak2..ruang untuk solat..
yang paling pentiing of course la PAED nya..
Dr Tan ni sangat nice n friendly..
menjawab segala pertanya dengan baik...
lembut je layan baby...
cek pun detail..sambill cek, alih perhatian ammar dengan toys..
masa cek suhu anmmar xdemam..
ammar cuma selsema n tekak dah stat merah..lung clear..
sbb ammar baru 6 bulan..no ubat selsema n batuk..
Dr just berikan sterimar n antibiotik je..
ajarkan mcm mana nak guna sterimar, terangkan pasal ubat n mcm2 lg..
sape yang dekat2 area sini..nak cari klinik pakar kanak2...
ika mmg highly recommed klinik nie.. ;)
-
-
jum layan gambar..
nampak x playland kat dalam klinik ni..
ammar..tgh hairan lagi..
lepas tu baru laju je merangkak nak explore tempat baru..

  ammar tak sihat..tapi ada buat kejutan untuk mama ngan abah..
cuba auntie-auntie teke kejutan ape ammar buat..hihi
kalo nak tahu..kena tunggu..
stay tune!!

13 June 2012

~resepi istimewa untuk si manja~

mcm besa la entry sebelum balik keje..
hari ni ika nak share pasal resepi solid food..
almaklumlah amamr pn dh nk masuk 6bulan...
mama pn mmg xsabar2 godek2 pasal resepi ni...
ada satu buku yg sgt best..color pun sgt canting..menu pun sodapp..
khas untuk baby start 6-8 bulan, 9-11 bulan,12 bulan keatas,
toodlers n kanak2 prasekolah..
dwibahasa english n BM..mmg best..
bukan setakat resepi..info pun banyak..
tajuknya NUTRITIONISTS' CHOICE COOKBOOK
jil 1: resepi sihat untuk si kecil anda
actually ika dah ada yg versi download punya..
tp bila membe offer yg hardcopy..terus beli..lagi puas nk tengok n boleh buat koleksi..
harga pn xmahal rm25 including postage..
sapa2 yg minat nk beli..leh contact ngan blogger hana yorie..
(aci ye hana ika share kat sini)
email hana.. blissnlunacylovers@gmail.com. 
kalau nak versi softcopy punya dlm format pdf..ika ada..
kalau nak..tinggalkan emel kat comment box...

11 February 2012

baby n jaundice

assalam mommies..ika nak share sikit pasal demam kuning/jaundice pada baby..
ni ada info pasal jaundis. sebab, jenis and rawatan n kesan jaundis ni kat baby..harap dapat maklumat lebih jelas..sumber ika amik kat SINI

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. 


  1. Jaudis Pathologic
    Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
    1. Jaudis Susu Ibu
    Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.


    Rawatan



    Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. 

    Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. 

    Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

    1. Jaundis Normal/Physiologic 
    Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
    • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
    • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
    • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
    • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
    • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
    • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
    1. Jaudis Pathologic
    Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
    1. Jaudis Susu Ibu
    Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik. 


    Adakah ianya merbahaya?



    Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.

    Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
                                                         
    fototerapi : image from google
    baby ammar pun kena jaundis..start hari ke 2 lahir, balik rumah esoknya..continue check bacaan darah di klinik kesihatan kat kg..mulanya bacaan meningkat sampai 199 n slowly turun selepas hari ke 9..tapi mmg slow sgt bacaan tu turun, sikit2 je.sampai hari ke 17 baru xpayah pi klinik lg..sbb bacaan dah kurang 150..(kalo sampai 250,kena tahan kat wad, kena fototerapi..tp orang kata duk bawah lampu lg cepat turun kadar birilubin tu..)
    ooh sangatlah kesian ngan baby bila kena cucuk tumit nak amik darah.. (sampai hari ni ika xtau apa signifikannya amik darah kat tumit tu..kalo kat jari lg senang darah keluar kan??xla sakit sgt baby...huhu)
    Petua mmg banyak la dengar kan..toksah ckp la..mmg mcm2..maybe kat tempat korang lain petuanya ye x??
    mcm family ika sendiri  mama amalkan bagi adik2 minum air sengkung/sengkuang cina..mmg cepat je turun kuning tu..
    kat belah MIL ni lg la mcm2 ika dengar..
    1. bagi mandi air buah keranda cina (beli kat kedai sensei-kaler kuning air dia)
    2. bagi mandi air daun ape tah..lupa lak nama dia..
    3. letak isi alovera kat kepala
    4. minum air kelapa
    5. bagi FM kalo BM ni panas katanya..( ni paling xsanggup buat, risau nanti baby lagi suka FM dah xnak susu mama)
    6. letak bedak sejuk campur air cap badak..
    petua untuk sebelum bersalin pulak kawan ika suruh amalkan makan kacang bendi..anak dia mmg xkena jaundis..
    macam2 kan..so korang pulak guna petua mana?? ;p

    ika xde bagi ammar makan ape2 pun..just BF je..ade la mandikan ammar ngan daun, xsure daun ape..lagi 1..baby yg kena jaundis ni sgtlah suka tido..so tiap2 2jam kena kejutkan dia untuk menyusu..kekerapan buang najis tu bagus sebab birilubin tu akan keluar sekali dengan najis..(part paling susah~ kejutkan ammar..huhu) 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...